Powered By Blogger

Saturday, May 1, 2010

Lebih 50,000 pemandu tanpa lesen

PUTRAJAYA 26 Sept. - Dianggarkan lebih 50,000 pemandu kenderaan di seluruh negara tidak mempunyai lesen memandu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana kebole-han mereka mengendalikan kenderaan masih belum diiktiraf dan teruji.

Dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 40,117 pemandu kenderaan dikesan tidak mempunyai lesen memandu dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Solah Mat Hassan berkata, jumlah pemandu yang dikesan memandu tanpa lesen kian meningkat dari setahun ke setahun.

``Tahap `keberanian' mereka ini amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah secara tidak langsung boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya lain kerana kebolehan mereka memandu belum diuji JPJ.

``Kebanyakan mereka memberi alasan tidak perlu mengambil lesen dan belajar memandu melalui sekolah memandu kerana telah mahir memandu atau menunggang motosikal dengan belajar melalui kawan-kawan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.


No comments:

Post a Comment